KAWAN2 MAMA..=)

Tuesday, 10 January 2012

WTH : Lelaki tanzania ada payudara kesan ubat HIV


Satu kejadian pelik berlaku di Tanzania apabila beberapa lelaki yang menghidap penyakit AIDS dilaporkan tiba-tiba memiliki payudara selepas mengambil ubat pengawal virus HIV.

Salah seorang lelaki penghidap AIDS, Joseph Mkanda, 43, telah mengambil ubat tersebut untuk mengawal perkembangan virus HIV ke dalam tubuh badannya. Bagaimanapun, ubat tersebut didapati memiliki kesan sampingan lain yang berkaitan dengan pembesaran otot pada bahagian putingnya. Akibat daripada itu, otot yang membesar telah membentuk sepasang payudara seorang wanita.

"Saya sangat malu keluar dari rumah kerana memiliki sepasang payudara seorang wanita. Saya takut kalau orang ramai akan mentertawakan saya," kata Joseph. 

Doktor yang merawat mereka mengatakan bahawa kesan sampingan sebegitu adalah normal bagi seorang penghidap AIDS selepas mengambil ubat tersebut dalam jangka masa yang lama. 

"Sehingga kini, saya tidak berani keluar rumah," tambah Joseph kepada media africanews.

Tanzania merupakan antara daerah Afrika yang teruk dijangkiti wabak AIDS di mana 1.4 juta daripada penduduknya disahkan positif HIV.

Perkara yang menyebabkan situasi di Tanzania semakin teruk ialah kerana kepercayaan penduduknya kepada ilmu bomoh yang mengatakan bahawa organ orang Albino dapat menyembuhkan penyakit AIDS. Oleh sebab itu, ratusan orang Albina dirogol dan dibunuh supaya organ mereka dapat digunakan untuk menghasilkan ramuan ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit itu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...