KAWAN2 MAMA..=)

Sunday, 26 May 2013

Kebaikan Petai




Anaemia
Petai mengandungi zat besi dan boleh menyemarakan pengeluaran haemoglobin dalam badan dan boleh membantu pesakit yang kekurangan darah.
Tekanan Darah
Ulam tropika ini mengandungi bahan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula adalah rendah. Oleh itu, Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) membenarkan industri Petai kerana ia mampu  mengurangkan risiko tekanan darah dan serangan angin ahmar.
Tenaga Minda
Seramai 200 pelajar di Sekolah Twikenham Middlesex dibantu menjalani peperiksaan mereka dengan memakan petai semasa sarapan, masa rehat dan makan tengah hari. Kajian menunjukkan ulam yamg tinggi dengan potasium itu boleh membantu pembelajaran dengan membuat pelajar lebih awas dan segar.
Sembelit
Petai juga mengandungi serat dan boleh membantu menyempurnakan pembuangan air. 
Gigitan Nyamuk
Jika anda digigit nyamuk cuba gosokkan bahagian dalam kulit petai pada bahagian yang digigit. Ramai dapati ia dapat mengurangkan lebam dan rasa gatal akibat gigitan serangga tersebut.
Kandungan Vitamin
Petai mengandungi zat vitamin B. Antara lain vitamin B boleh membantu mengamankan sistem saraf. Kandungan B6 dan B12 dalam Petai juga boleh membantu mereka yang inging membuang tabiat merokok. Ini kerana bahan tersebut dengan bahan potasium dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keingingan untuk merokok.
Jelas Petai menawarkan pelbagai khasiat. Jika dibandingkan dengan buah epal, ia mengandugai empat kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat, lima kali kandungan Vitamin A dan dua kali kandungan vitamin lain.

Petai nie memang feveret papa lah.
Mama memang tak suke makan ape lagi bau..
Tapi kalau kopek kan petai tu mama suka lah hehehe 

Amalan Ketika Anak Sedang Tidur


Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak….
♥ Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,
♥ Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.
♥ Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.
♥ Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.
Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan: 
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-furqan : 74)

Doa Untuk Anak Dalam Perut

 Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

Mama selalu amalkan doa nie dengan harapan adik sihat sempurna tanpe ada sebarang penyakit,
dan semoga adik jadi anak yang soleh dan solehah..amin

Cara Menanam Uri Anak

uri
SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!
Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.
MENANAM URI ANAK
Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya,kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar. 
Cara menguruskan uri
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti 
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.
Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

Saturday, 25 May 2013

Lenanyer...abang tido

tembam


lenanyer abang tido..geram pulak tengok pipi dia time nie.tembam!
rase tenang jek kan tengok anak tido
dapat pahala lagi... :)

Tension lah...

Aduhai..
nape lah dengan budak Iman nie.
Asek lah menanges
Tengah tido pun melalak tak tentu pasal
Sampaikan Rayyan takleh tido

Tengah-tengah tido dengar bunyi sikit
Dah melalak..
memang tak boleh nak wat ape2
Sentiasa kena dok dekat ngan dia..
Macam mane mama nak bertahan lagi sebulan nie??? 

Kesian adik dan Abg Rayyan
Kurang perhatian dari mama
Mane tak nyer..asek nak kena pegang dan jage Iman jek..

Banyak kali mama cakap ngan adik
Mudah-mudahan adik tak terkenan perangai Iman yang kuat nanges nie
Tapi kalau anak sendiri kita tahu caner nak tenangkan dia 
Nie anak orang tak tahu lah caner nak gaye kan..

Sanggup ke mama nak jage Iman lagi sebulan ek???
Rase macam dah tak sanggup
Tapi kalau dah tak jage, dah kurang income
Dah lah bulan depan lagi banyak nak pakai duit............


budak kuat nanges

Manyak syok oo...

Rayyan berurut
Syok jek Rayyan kena urut ngan papa..
hahah nie bukan urut betol2 saje-saje jek
comel pulak tengok gaye rayyan

Friday, 24 May 2013

Papa Dengki...

mane 1 ika mane 1 rayyan???

Hahaha papa nie memang suke betol dengki Rayyan tau..
bleh dia pakai kan Rayyan skirt dak ika..
Ika pulak pkai suar pendek Rayyan

posing menggoda

hahaha yang nie betol2 tak boleh blah..
Mama suruh Rayyan posing jari wat tanda diam
Papa pulak leh suruh angkat skirt
tak senonoh papa ni tau
hahah nie juz suke2 jek
skali nie jek k Rayyan pakai skirt
jangan ngade2 papa nak wat lagi
Mintak dijauhkan lah bende-bende macam tu..
Tak sanggup nak taip apa yang mama maksudkan..

Semoga anak mama jadi anak lelaki yang sejati,tegas,
penyayang dan pemimpin keluarga satu hari nanti
insyaAllah amin....

Sambutan Hari Ibu & Anniversary

11hb Mei hari tu genap setahun perkahwinan pakngah Rayyan.
So memandangkan jatuh pada minggu Hari Ibu, 
Pakngah telah beli kek Secret Recipe Chocolate Indulgence (my feveret)
untuk meraikan Anniversary dorang,Hari Ibu dan juga Anniversary ke 30tahun mertua
Anniversary mertua patotnyer 16/4 tapi saje jek FIL nak join skali huhuhu

So mama pun tumpang lah potong kek sempena Hari Ibu..3orang Ibu sekali potong kek
hehe best lah gak..walaupun makngah dalam pantang..cian dia tak dapt makan kek sedap tu
dapat jamah cikit je lah..


Chocolate Indulgence
3orang ibu..budak baju biru tu pun sibuk gak..
hehe sekian saje sambutan Hari Ibu..

Cousins baru Rayyan Belah Papa


Tanggal 30hb April hari tu, telah lahir seorang baby yang comel iaitu 
Muhammad Uzair Rifqi.
Kitorang panggil Rifqi or Iqy jek..
Iqy nie anak pakngah Rayyan (abang papa)
So belah papa,Iqy cucu lelaki yang kedua lah..
Yang no 3 tak tahulah lelaki ke perempuan (adik la tu)

Nak tengok tak gambar Iqy??
Muhammad Uzair Rifqi

Iqy nie lahir ikut tingkap (operate) sebab songsang
Mule2 papa die dah pilih tarikh operate sebab doktor suruh
Ceh konon bangge lah dapat tentukan tarikh same ngan anniversary
Sekali genap 36weeks mama Iqy bleeding so kena lah operate terus..
Iqy nak same bufday ngan maklang n paklang dia upernyer bulan 4 (mama & papa la)
hehe...

pakngah n his son
Lepas nie pakngah dah jarang lah layan Rayyan sebab 
Pakngah dah ade anak..
Kalau tak dulu sebelum ade anak macam2 pakngah belikan untuk Rayyan
Skang nie belikan untuk anak dia lah pulah hehehe

So total cousins Rayyan skang ni seramai 5orang
4 boys and a gurl..
Meriah lah raya tahun nie hehehe


Thursday, 23 May 2013

Cuti Wesak Day

Yeah!! hari nie balik kampung sebab esok cuti Hari Wesak
So dengan rasminyer mama pun cuti gak lah dari jage budak2
ngehngehngeh.. 

hari nie pun dapat gaji
so minggu nie nak beli barang-barang adik lagi sikit
beli baju dalam 2-3 helai lagi
anak no 2 ni jimat sikit lah sebab barang-barang 
kepunyaan abang banyak yang boleh pakai lagi
 tapi kalau kuar nanti gugurl,
banyak lah kena beli baju baru
heheheh
ape-ape pun kiter tunggu adik lahir dulu yer..

ok nak packing barang2 bye..


p/s :: mama dah siap buat entry autopublish sampai hari ahad hehe

Komen Tentang Isu Afiq Muiz dan Ibunya

Kontroversi yang melanda antara Afiq Muiz dan ibunya ternyata mendapat perhatian ramai. Berpuluh-puluh email Abang Nara terima daripada pembaca BeautifulNara yang berkongsi pendapat mereka. Rata-rata menyalahkan Afiq di dalam hal ini dan meminta agar Afiq segera meminta maaf pada ibunya.
afiq dan ibunya
Pagi hari ini, Abang Nara menerima sepucuk email yang agak menarik. Isinya lain daripada yang lain. Memang membuatkan Abang Nara berfikir sejenak. Dengan tajuk “Mengapa Hanya Yang Muda Ditegur“, email ini memang sesuai untuk Abang Nara kongsikan buat semua:-
Assalamualaikum abg Nara.
Maaf kira email ini menganggu abg Nara.Sekiranya email ini abg Nara siarkan, terima kasih saya ucapkan.
Kebelakangan ini sering kali masalah pertelingkahan keluarga artis kita dengar.Amat menyedihkan kadang2 perkara kecil yang boleh diselesaikan secara baik dibesar2kan di media.Namun abang Nara,kes Afiq Muiz benar2 mengesankan saya.
Mungkin ramai yang akan mencemuh saya kerana pendapat saya ini.Saya bknlah menyokong mana2 pihak,namun jika Afiq di pihak yg benar sy dpt rskan kepedihan dihatinya.Saya bknlah peminatnya,cuma sy faham perasaannya.
Jika anda dibsrkn dgn penuh kasih syg walau tiada kemewahan, sesiapun tdk akan sanggup melukakn hati ibu.tp bagaimana sebaliknya abang Nara.Sy merasai kepedihan itu abng Nara. pengalaman saya tidaklah seteruk apa yg dihadapi Afiq Muiz, tp lukanya amat dlm. Jd dpt sy rasakan sebak di hatinya sewaktu menonton Melodi secara kebetulan.
Msyrakat kita diajar menghormati org tua sehingga menghalalkn apa sj dilakukan mereka atas alasan ‘org tua’ .Masih sy igt kata2 seorg artis lelaki apabila percintaannya dihalang si bapa melalui media “kita mmg kene hormat pd yg tua, tp kalau slh kita kene tegur “.lebih krg begitulah kata2nya.Malah org tua adalah pelakon terbaik.Saya sudah jenuh menyaksikan lakonan org2 tua ini xkiralah siapa.Pada yang ramai mencaci, lupakah anda siapa yg memulakan isu ini.Senang2nya dia dilabel anak derhaka tp bila membela diri masih dikutuk.Setelah diberi bukti sms makin byk mencaci.
Mmg aib perlu ditutup lebih2 lg yg melibtkn keluarga.tp lupakah anda bhw dia juga mempunyai perasaan? Dan mengapa setelah ditergkn berkali2 bhw mereka berkwn baik media masih melabelkn mereka psgn kekasih.Siap mengata melebihkn kekasih.Biasalah kalau kita meluah perasaan dan berkongsi rahsia dgn tmn rapat.Tidak tahukah anda istilah BFF? Kalau ada jodoh bercintalah mereka nnt.Byk lg BFF ala2 mereka cume mereka bkn artis.
Sy bknlah peminat Eina Azman malah sy juga tdk menyenangi imejnya.tp lupakah kita pd ungkapan ‘jgn menilai buku dr kulitnya’.tahukah anda bagaimana hati budinya? Ramai rakan sy berimej sedemikian tp hati mereka amat baik dan pemurah.Dan lupakah kita atas segala tuduhan ke atasnya, maruah keluarganya terpalit sekali.Sy bknlah menyokong kes saman beliau, tp beliau telah pn memberi tempoh meminta maaf.sy berhrp ia dpt dijadikn pengajaran ntuk sesiapa sj agar tdk suka2 hati memfitnah dn menuduh sesiapa.
Di ruangan komen ramai mengatakan tdk ada ibu sanggup mengandung dn bersusah payah melahirkn anak.Bagaimana dgn bayi2 yg dibuang? Dan syurga di bwh tapak kaki ibu? Bukankah itu hadis palsu?Syurga neraka di tangan Allah. Kenapa tidak ustaz betulkan? Dan bukankah fitnah itu dosanya lbh bsr dr membunuh? Jika benar apa yg dikatakan si ibu fitnah, adakah ia akan terhapus kerana beliau ‘org tua’?
Dan adakah ustaz cuma membaca cerita sebelah pihak atau memberi nasihat secara am yang diinspirasikn melalui kemelut ini? Adakah seorg ibu itu diberi hak menyumph seranah anaknya kerana mustajabnya doa si ibu?Bknkah anak itu adalah anugerah yg DIPINJAMKAN Allah pd kita, maka kita tidak ada hak atas anak tersebut tp anak itu adalah amanah yg akan mendoakan apabila kita tiada nnt.
afiq dan eina
sumber beautifulnara

Ada betul apa yang orang tu komen..mama pun tak sokong mane-mane pihak tapi biler tengok Melodi minggu lepas ade mak sedare sebelah bapa Afiq berikan komen pasal nie yang mengatakan Afiq tak bersalah malahan dia seorang anak yang baik dan mak sedare die ade cakap selama nie bukan mak Afiq yang tanggung Afiq tapi bapa Afiq so tak payahlah dia nak ungkit2 pasal tu..

Lagi satu ntah betol ke tidak mak Afiq yang hatar mesej tu ntah-ntah adik-beradik Afiq yang cemburu dengan kejayaan Afiq kan..wallahualam...

Amalkan..



"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu." Amin Ya Rabbal A'lamin.


Mama cadang lepas lahirkan adik,mama nak kije
Kalau dapat luar dari Muar or Melaka pun takpe
Mama sanggup tinggalkan anak-anak mama kat kampung
Demi mencari duit untuk tolong papa..

Gaji papa sekarang nie memang tak cukup
Walaupun mama ambik upah jage anak orang still tak cukup
Nie anak nak masuk 2orang..
Mama kena kije jugak untuk kesenangan kami sekeluarga..

Takpe mama terpakse berkorban..
Harap-harap ade rezeki mama lepas bersalin nanti
   InsyaAllah..

Copy Paste!




hihi kenal tak sape dalam gambar tu??ha sebelah kiri
Abang Rayyan, sebelah kanan pulak nak tahu sape??
Tulah papa..sebijik tak???hihi

Mase tu umur papa lebih kurang Rayyan kot..
Macam tak caye pulak papa comel sangat time kecik-kecik..
Gambar nie mama ambik dari FB papa ade sedare papa tag..
Agak2 adik copy paste sape pulak yer hihii

Just wait n see..
Tak sabar nyer nak lahirkan adik..
Semoga dipermudahkan dan adik sihat sempurna
Amin....

Tak Sabar...

Mama skang nie dah tak larat sangat nak jage
budak Iman tu..Badan pun dah mule sakit-sakit.
Tambah lagi skang nie die makin kuat menanges pastu susah nak tido.
Pantang bunyi sikit mesti terjage ayoo...tak leh rehat langsung!

Dia guna buai letrik lagi lah penat jap kena bangun jap duduk 
sebab nak off motor buai tu untuk bagi dia susu.
Dia minum susu dalam buai sebab time tido die terjage nak susu,
takkan nak kuarkan dari buai kan nanti die susa nak tido semula.
Macam tu lah selalunya..
Mak dia pun cakap Iman skang nie dah pandai mengamuk
Kalau takde orang ambik die mula lah ngamuk.
Nak sentiasa berpegang mane mama larat macam tu..

Ni mama tak sabar nak tunggu hujung bulan 6.
Tinggal sebulan jek lagi nak jage dia pastu balek kampung yippie!!
Standby kat kampung awal2 takut adik nak lihat dunia awal...
Kalau macam abang Rayyan dulu 38weeks dah kuar..
Nie cousin Rayyan,anak Pakngah 36weeks dah kuar
lagi cepat!

Mama harap adik pun kuar time 38weeks la..so that time raya 
mama dah habis pantang hihhi



Wednesday, 22 May 2013

Perfect365

before

after

hihihi saje jek test app perfect365 nie..amacam mane lagi cun?before or after hikss...

Kandungan Nak Masuk 8bulan


Alhamdulillah sekarang nie kandungan mama dah nak masuk 8bulan.Rase cepat jek masa berlalu tup-tup adik pun dah lahir hehehe.Sepanjang mengandung nie adik baik sangat,alahan pun takde selera makan pun takde lah kuat sangat biase2 jek..kalau nak citer pasal mengidam..ha kali nie macam2 lah mama ngidam nak makan tu nak makan nie, tapi sume yang mudah dapat dan tak mahal sangat sebab mama taknak bebankan papa..cume kali ni hb mama jek problem tapi takde lah rendah sangat dalam 10.6-10.8 jek..mungkin sebab mama still bf abang Yayan kot..berat badan pulak???em rase banyak sangat naek walaupun takde lah banyak makan..harap2 nanti senang lah nak turun balik kan..

hari tu masa kandungan 7bulan ade lah pergi scan.Biler tanye doktor tentang jantina adik,dia cakap "tak nampak telor,maybe gugurl tapi tak proper la" em mama mase tu ade lah excited sikit tapi taknak tunjuk sangat..mama pun sebenarnyer dapat rasa macam gugurl tapi tak tahu lah betol ke tidak..harap2 lah betol..tak sabar nak dapat baby gugurl plak nie..hehe tapi kalau dapat boy pun tak kisah lah mama tetap terima dengan hati yang gembira..So skang nie mama macam dah malas nak pergi scan.Tunggu jek lah adik lahir nanti kan..

Abang Rayyan pun mama tengok dah pandai sayang adik..kalau budak yang mama jage tu asek lah Abang Rayyan nak peluk lah nak dukung lah..macam dah besar sangat jek hehe harap2 nanti biler adik dah lahir,abang akan sayang dan jage adik dengan penuh kasih sayang yer..


Kadang-kadang abang Rayyan tolong pegangkan botol,tolong buaikan iman siap tepuk2 bontot iman hehe tapi xsempat nak snap gambar pulak.Sweet sangat kan..

Lupa Nak Cakap "Off Record" - Eina Azman

Susulan kata-kata “Mak Afiq kurang siuman kot“, Eina Azman telah dikutuk dan dicerca oleh ribuan manusia yang kecewa dengan kebiadapannya. Siapa yang tak bengang kan? Kurang siuman sememangnya satu perkataan yang sangat kurang ajar.
eina azman
Berkata kepada Sinar Harian, Eina Azman memberitahu yang sepatutnya perkara tersebut adalah “off record”. Kata Eina:-
Apa yang Eina cakap petang tadi sekadar meluahkan…bukan untuk disiarkan. Eina lupa nak cakap ‘off record’
eina azman
Amboi boleh pulak macam itu? Nasib baik selepas ini Eina kata taknak keluarkan apa-apa kenyataan lagi. Selamatlah kita daripada mendengar kata-kata yang tak masuk akal daripadanya.
Selepas keluar kenyataan itu, ramai sangat orang kecam Eina…hukum Eina. Jadi, sekarang, Eina nak guna undang-undang, biar undang-undang lah yang menilai, kami ini betul ataupun salah. Keluarga Eina yang nak saman, bukan Eina. Eina dikecam pelbagai pihak kerana hendak menyaman orang tua. Ini bukan soal orang tua ke bukan orang tua, ini melibatkan maruah. Dia tuduh Eina tanpa bukti pun
Diharap Eina berpegang pada kata-katanya dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan. Abang Nara boleh sakit jiwa setiap kali membaca kata-kata yang keluar daripada mulut Eina. Biarlah hal ini selesai di mahkamah. Nanti kat sana Eina boleh cakap sepuas-puasnya. sumber Beautifulnara
bagi mama, kata-kata Eina Azman tu tersangat kurang ajar.boleh dia cakap mak boyfren die tak siuman..agak2 lah kan nak cakap macam tu..awak tu dah lah muda lagi baru 18tahun kot..hormat lah sikit ngan orang yang lebih tua jangan ikut sangat mulut lancang tu melepaskan kata-kata..em harap kes Afiq Muiz ngan uminyer dapat settle cepat.dah makin berlarutan jek mama tengok dan makin nyampah pulak ngan Eina Azman tu..

Lauk-lauk Dalam Pantang

Haa..nie mama share lauk-lauk yang boleh dimakan semasa berpantang..kiranyer sedap-sedap jugak la lauk-lauk untuk orang berpantang nie kan takde lah bosan sangat..

Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:

1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon


p/s : rupanya banyak juga ikan bole makan ek..kita dulu ari2 mak kasi ikan selar ikan selar ikan selar..masuk seminggu pantang muntah kuar ikan selar hahaha...


SUP IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


STEAM IKAN

Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.


SINGGANG IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.


IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak

Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.


IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.


SUP IKAN TENGGIRI

Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.


IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak

Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.


IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris

Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.


SUP IKAN HARUAN

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.


IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.


IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.


IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)

Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit 

garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.


IKAN PANGGANG HALIA MUDA

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.


IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)

Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.


IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.


IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.

Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


IKAN BILIS DAUN KARI

Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.

Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...