KAWAN2 MAMA..=)

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday 20 November 2011

Michelle Wee kahwin Deqwan

tadi ade siaran langsung kat rancangan Melodi acara akad nikah antara wartawan Melodi Michelle Wee dan Tengku Naharuddin Izwan bin Tengku Nasaruddin juga lebih dikenali sebagai Deqwan.Deqwan nie pengacara untuk rancangan Remaja.oh yer Michelle nie dah masok Islam tau (wajib la masok Islam kan kalau nak kawen ngan orang Islam) name Islam beliau ialah Dalili Michelle Abdullah Wee.semoga ikatan perkahwinan Michelle dan Deqwan berkekalan hingge akhir hayat.



KUALA LUMPUR: Tempoh tiga tahun perkenalan dan empat tahun menyulam cinta akhirnya menyatukan penolong penerbit dan bekas wartawan Melodi, Michelle Wee, 27, dengan pasangannya yang juga pengacara rancangan Remaja, Tengku Naharuddin Tengku Nasaruddin (Deqwan), 27, sesudah kedua-dua mereka memilih untuk berkahwin, Ahad ini.
Michelle atau nama Islamnya, Dalili Michelle Abdullah Wee berkata, dia yang kini mesra dengan panggilan Lili akan bernikah jam 1 tengah hari dan majlis persandingan diadakan sebelah malam di Duchess Place, Ampang.

Pernikahan pasangan itu juga akan diadakan secara lintas langsung dalam rancangan Melodi, Ahad ini.
Lili dan Deqwan bertunang pada 10 September lalu, memilih 20 November 2011 sebagai detik bersejarah yang dirancang sejak tahun lalu.

Lili yang berasal dari Sarawak berkata, dia memeluk Islam pada 27 Julai lalu di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sesudah mendapat hidayah dan mendalami ilmu agama dengan bantuan bakal mentuanya.

“Selain itu, tunang (Deqwan) turut membelikan saya beberapa buku agama sebagai panduan mempelajari agama Islam,” katanya.
 
Lili menerima wang hantaran RM8888.88, mas kahwin RM300 dan hantaran lima dulang berbalas tujuh.
 sumber dari myMetro








comel jek kan kad kawen dorang..dorang pun comel gak sesuai la tu khannn...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...