KAWAN2 MAMA..=)

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 22 March 2012

10 fakta tentang kelahiran


Gurls, dah ready ke korang nk jdi ibu...ni adalah 10 fakta tentang kelahiran yg kite patut tahu... 


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
(rayyan lahir pada minggu ke 38)


2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
(tapi time mama xcukup kembang sebab mama dah xde tenage nak teran huhu)


3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
(mama tak nampak bape banyak darah mama kuar mase kelahiran.kalaau nampak darah banyak camtu mesti mama pengsan hehe)


4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
(boleh tahan la hehe..)


5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
(mama tak mengalami nyer.time dah nak meneran baru doktor pecahkan air ketuban ngan kayu panjang)


6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
(alhamdulillah mase nak kuarkan rayyan mama takde rase sakit pun.sakit mase contraction jek)


7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
(alhamdulillah syukur... :)


8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
(alhamdulillah lagi.. :) )


9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
(jadi wanita ni mudah sangat kiter dapat pahala dan mudah juge kite dapat dosa so pandai2 lah jage pahale kiter tu) 

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.(alhamdulillah amin...)

rayyan mase 2hari



p/s :: korang jangan takot pulak tau nak bersalin..sentiase pikir positive k..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...