KAWAN2 MAMA..=)

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 28 February 2012

Orang asli menang MERCEDES BENZ E200


Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu,gambar Sapiah Aping,suku kaum samaling orang asli dari Bera Pahang bergaya dengan hadiah kereta Mercedes-Benz E200 CGI ini menceritakan segala-galanya

Juga seorang penoreh getah,kereta yang dimenanginya ini adalah hasil daripada menyimpan sejumlah wang dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ditanya apakah perasaan memenangi hadiah tersebut,menurutnya, dia tidak menyangka menjadi individu bertuah memenangi hadiah pertama bagi bulan Januari iaitu sebuah kereta mewah yang menjadi idaman ramai.“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta sendiri.

“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta adik lelaki menjadi pemandu,” katanya ketika ditemui di Terminal 2 di sini, semalam.

Sapiah berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan bank berkenaan melalui panggilan telefon mengatakan memenangi hadiah sebuah kereta.

“Namun saya tidak percaya memenangi kereta mewah ini sehinggalah saya dapat melihat sendiri kereta yang berharga RM375,000, yang kini menjadi milik saya,” katanya. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...