KAWAN2 MAMA..=)

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Friday 30 September 2011

tips

 Assalamualaikum....

ish lamenyer tak update pe3 ek asik jengah blog orang jek..so arinie nak kongsi 1 peua menarik..hehe Petua Untuk Anak Cepat Bercakap..walaupun yayan baru 3bulan tapi mama dah amalkan petua nie. amboi..gigih mama ek nak yayan cepat cakap..nanti leh berbual macam3 ngan yayan takde lah mama bosan dok umah hhehe

ha nie la petua3 nyer ntah mane papa dapat tengok3 ade save kat desktop je hihi


1. Anda perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap.(mama memang slalu bercakap ngan yayan)


2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas(slalu dipraktikkan)


3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat.(macam3 memek muke mama wat sampai yayan pun da pandai wat memek muke hehehe)


4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak.(ha..yang nie mama x try lagi..tapi mama slalu nyanyi lagi untuk yayan)


5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.(slalu sangat kadang2 yayan pun nyampok kiter berbual hehehe)


6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.(


7. Amalkan selalu menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.(hehe selalu wat nie..=) )


8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.(insyaAllah..)


9. Andainya anak-anak sudah mula bloeh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.(tak sabar nak tunggu yayan da pandai sebut "mama" hikhik)


10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.(mama takkan pakse yayan k ucuk mama..=)

kat bawah nie pict die tengah berbual ngan mama,muncung2 mlot die bercakap gerammm







p/s:: setakat nie yayan banyak gak la membebel ntah pe3 hehe biler die tengok kiter tapi kiter xpandang die,nanti mesti die tegur kiter dulu comel jek...hikhik=D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...