KAWAN2 MAMA..=)

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 21 September 2011

penjelasan Mamat Sepah


Assalamualaikum semua...
semalam kan mama ade tunjuk pict Fida tak bertudung kan..hari nie mama nak btau penjelasan Mamat Sepah pasal pict tersebut...sumber dari ohbulan!


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kontroversi gambar Fida yang tidak bertudung dan hanya memakai menutup rambutnya sahaja. Gambar itu dikatakan telah menjatuhkan reputasi Fida dan mencemarkan imejnya sebagai seorang selebriti yang sememangnya bertudung ekoran disebarkan oleh blogger yang tidak bertanggungjawab sejak kelmarin lagi.
Hasil temubual OHBULAN! bersama Mamat Sepah, kami berjaya mendapatkan penjelasan dan bukti yang kukuh tentang bagaimana gambar itu boleh tersebar di internet.
Kami difahamkan, gambar tersebut tidak sengaja dimasukkan ke laman facebook Mamat Sepah. Kemudahan aplikasi pintar Blackberry menyebabkan Mamat tidak sengaja ter’upload’ gambar yang tidak sempat ditapisnya terlebih dahulu. Dia berkata, “Ketika saya menangkap gambar Fida, saya memakai spek mata hitam dan umum tahu saya ada masalah rabun. Saya tidak nampak rambut Fida yang terdedah disebabkan spek mata hitam dan masalah mata saya,”
Dalam percutian ini, mereka berdua menaiki kereta yang berbeza dan tidak wujud soal mereka hanya bercuti berdua.
Mamat turut menambah, “Pada waktu itu, kami pergi bercuti bersama, tapi bukan kami sahaja, Fida ada membawa PA dan Manager-nya sekali dan saya turut membawa keluarga saya. Jadi, kami bukanlah pergi bercuti berdua seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.”
Ketika diberitahu samada spekulasi yang mengatakan Fida sudah berani buka tudung sejak mengenali Mamat, dengan tegas Mamat menjawab, “Secara jujur, saya tidak pernah lihat rambut Fida. Bagi saya kereta adalah tempat privasi, dan mungkin pada ketika itu Fida berasa panas di dalam kereta dan sedang membetulkan rambutnya ketika saya meminta gambar dia diambil.”
Mamat yang benar-benar menyesal dengan kejadian ini menjelaskan lagi, “Saya langsung tidak pernah berniat untuk mengaibkan Fida apatah lagi untuk memburukkan orang yang saya sayang. Saya juga berharap agar pihak media tidak memburukkan lagi kami kerana takut akan menjejaskan hubungan kami.”
Beberapa keping gambar eksklusif yang kami terima semalam membuktikan kehadiran orang lain selain dari mereka berdua ketika bercuti.

kan betol pict tak disengajakan n Fida memang xperasan rambut terkuar..mama tahu Fida bukan berubah skang nie..die kan artis yang bersih tak gitu..
mama suke tengok Fida nie sebab ade uper Datuk Siti..da sepupu kan...=)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...