KAWAN2 MAMA..=)

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Friday 10 June 2011

Doa Semasa Hamil

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, 
dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, 
tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, 
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.


Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada 
diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam 
hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, 
baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah
suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat 
Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan 
semesta alam.

Amin...


p/s : mama x sabar nak jumpe ngan anak mama ni..harap2 anak mama sihat n sempurna sifatnyer n dijauhkan dari segala jenis penyakit yer syg...papa pun da selalu belek barang2 anak mama tau..dalam 5minggu je lagi kite akan jumpe yer syg anak mama...can't wait!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...