KAWAN2 MAMA..=)

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday 26 May 2013

Kebaikan Petai




Anaemia
Petai mengandungi zat besi dan boleh menyemarakan pengeluaran haemoglobin dalam badan dan boleh membantu pesakit yang kekurangan darah.
Tekanan Darah
Ulam tropika ini mengandungi bahan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula adalah rendah. Oleh itu, Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) membenarkan industri Petai kerana ia mampu  mengurangkan risiko tekanan darah dan serangan angin ahmar.
Tenaga Minda
Seramai 200 pelajar di Sekolah Twikenham Middlesex dibantu menjalani peperiksaan mereka dengan memakan petai semasa sarapan, masa rehat dan makan tengah hari. Kajian menunjukkan ulam yamg tinggi dengan potasium itu boleh membantu pembelajaran dengan membuat pelajar lebih awas dan segar.
Sembelit
Petai juga mengandungi serat dan boleh membantu menyempurnakan pembuangan air. 
Gigitan Nyamuk
Jika anda digigit nyamuk cuba gosokkan bahagian dalam kulit petai pada bahagian yang digigit. Ramai dapati ia dapat mengurangkan lebam dan rasa gatal akibat gigitan serangga tersebut.
Kandungan Vitamin
Petai mengandungi zat vitamin B. Antara lain vitamin B boleh membantu mengamankan sistem saraf. Kandungan B6 dan B12 dalam Petai juga boleh membantu mereka yang inging membuang tabiat merokok. Ini kerana bahan tersebut dengan bahan potasium dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keingingan untuk merokok.
Jelas Petai menawarkan pelbagai khasiat. Jika dibandingkan dengan buah epal, ia mengandugai empat kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat, lima kali kandungan Vitamin A dan dua kali kandungan vitamin lain.

Petai nie memang feveret papa lah.
Mama memang tak suke makan ape lagi bau..
Tapi kalau kopek kan petai tu mama suka lah hehehe 

Amalan Ketika Anak Sedang Tidur


Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak….
♥ Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,
♥ Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.
♥ Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.
♥ Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.
Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan: 
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-furqan : 74)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...